Pakar bedah di sebuah hospital Aberdeen sangat terkejut apabila x-ray yang dijalankan ke atas seorang pesakit menemui satu peralatan seks yang telah tersimpan selama 10 tahun di dalam badannya.
Wanita berusia 38 tahun itu pergi ke Aberdeen Royal Infirmary selepas mengalami pelbagai simptom pelik, termasuk kehilangan berat badan yang cepat dan teruk, lesu berterusan dan menggigil yang kronik tanpa kawalan.
Pasukan perubatan yang bingung mengarahkan beliau menjalani x-ray dan terlihat objek bujur sepanjang lima inci yang merupakan sejenis peralatan seks. Apabila disoal, wanita itu tidak pernah menggunakan peralatan seumpama itu sejak lebih satu dekad lalu.
Peralatan seks itu yang tersembul ke dalam pundi kencing wanita itu dari kemaluannya, telah menyebabkan dia mengalami satu sindrom yang jarang berlaku iaitu 'fistula vesicovaginal', di mana air kencing akan mengalir ke dalam kemaluan wanita.
Doktor amat terkejut apabila diberitahu oleh wanita itu bahawa dia dan pasangannya berada keadaan mabuk ketika melakukan seks menggunakan peralatan tersebut namun dia tidak ingat sama ada ia telah dikeluarkan daripada badannya.
Kes ini telah dilaporkan dalam Jurnal Perubatan Seksual, di mana ini adalah kali pertama peralatan seks telah tertinggal di dalam tubuh seorang wanita untuk tempoh masa yang begitu lama.
No comments:
Post a Comment