Bertindik memang menjadi satu gaya untuk menampilkan stail dan trend bagi lelaki. Ramai lelaki barat melakukannya bagi mendapatkan penampilan yang diingini, namun adakalanya ia mungkin memakan diri.
Itulah yang terjadi pada seorang lelaki Jerman yang telah diarah pulang kerana terlalu banyak tindikan di muka.
Pihak berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai telah melarang Rolf Buchholz, memasuki negara itu, sebaliknya mengarahnya menaiki pesawat untuk pulang dari tempat dia berlepas.
Menurut laporan akhbar Emarat Al Youm, Rolf dihantar semula ke Turki. Sumber yang dipetik laporan itu menyatakan, muka lelaki itu penuh dengan tindikan, berlubang dan juga mempunyai dua ‘tanduk’ pada dahinya.
“Orang ramai di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai ketakutan melihat penampilannya,” menurut laporan itu.
Buchholz dikatakan datang ke Dubai untuk muncul di satu pertunjukan kelab malam yang mempamerkan orang paling ganjil di dunia. Dia menjadi manusia paling banyak bertindik pada muka, telinga dan anggota tubuh lain iaitu sebanyak 453 kesemuanya.
Menurut laporan media, Buchhoz, pengatur cara komputer, menjalani pembedahan plastik besar-besaran untuk mendapatkan penampilan sedemikian.
Dia diiktiraf oleh Buku Rekod Guinness pada 2012 sebagai lelaki paling banyak bertindik di dunia.
MENAKUTKAN, ROLF BANYAK MELAKUKAN IMPLAN DAN PELBAGAI TINDIKAN DI MUKA |
ROLF JUGA SERING MENJADI PERHATIAN UMUM KERANA PENAMPILANNYA YANG LUAR BIASA |
No comments:
Post a Comment