expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

18 August, 2014

KISAH POTRET 'MENANGIS' LUKISAN BANDUAN AKHIR PENJARA PUDU


SEBUT sahaja Penjara Pudu, pasti pelbagai kisah seram yang pernah diceritakan sebelum ini berlegar-legar di minda.

Tidak dapat dinafikan penjara yang dibina pada zaman penjajahan British pada tahun 1891 itu menyimpan rahsianya yang tersendiri.

Meskipun sudah dirobohkan pada tahun 2010, kisah misteri yang menyelubungi penjara tersebut akan terus diceritakan.

Salah satunya ialah mengenai potret ‘menangis’ yang dilukis oleh seorang banduan di sebuah bilik akhir penjara itu.

Menurut bekas penghuni penjara itu yang dikenali sebagai Nasyitah, pelukisnya sedang menunggu untuk dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada ketika itu.

Peliknya, lampu di bilik itu akan terpadam jika dihidupkan dan pada ketika itu, potret tersebut akan kelihatan bercahaya seolah-olah ‘hidup’.

Ia dikatakan akan menangis apabila hari penggantungan seseorang banduan hampir tiba.

Sejauh mana kebenarannya, tidak dapat kami pastikan lantaran bangunan itu kini sudah pun lenyap. Wallahu a’lam…

No comments:

Post a Comment