expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

20 August, 2014

PENDARATAN PESAWAT TERTANGGUH KERANA PENGAWAL UDARA TERTIDUR


Sebuah pesawat penumpang China Eastern Airlines Corp yang cuba mendarat pada waktu malam di lapangan terbang Wuhan terpaksa membatalkan pendaratan selepas pengawal trafik udara telah tertidur.

Kejadian itu berlaku antara pukul 2 hingga 3 pagi. Insiden yang berlaku pada 8 Julai itu merupakan insiden yang ketiga dalam tempoh dua bulan yang melibatkan syarikat penerbangan China.

Transkrip rakaman penerbangan yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Penerbangan Awam China pada Selasa lalu menunjukkan bahawa anak-anak kapal penerbangan China Eastern berulang kali cuba untuk menghubungi pengawal penerbangan yang bertugas di Wuhan Tianhe Airport.

Mereka telah membuat cubaan untuk menghubungi menara kawalan sebanyak dua kali dalam bahasa Inggeris dan sekali dalam bahasa Cina. Namun, panggilan itu tidak dijawab.

Kapal terbang itu kemudiannya terpaksa kembali ke udara sejauh 900 meter dan mengelilingi lapangan terbang itu selama kira-kira 10 minit sebelum diberi isyarat untuk mendarat.

China Eastern juaga dilaporkan telah mengalami kejadian yang tidak diingini yang lain dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Pada 17 Julai lalu, pesawat China Eastern mendarat di landasan di bandar barat daya Nanning.

Tiga hari kemudian, satu lagi pesawat China Eastern terpesong dari landasan sejurus selepas ia mendarat di lapangan terbang Changzhi di wilayah Shanxi ketika hujan lebat yang akhirnya menyebabkan penutupan sementara lapangan terbang berkenaan. Tiada mangsa terlibat dalam kejadian tersebut

No comments:

Post a Comment