expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

20 August, 2014

REMAJA UK DAPAT PENDEDAHAN PORNOGRAFI SEAWAL USIA 11 TAHUN


Satu kajian di UK menunjukkan paparan imej seksual menjadi tontonan lazim di sekolah oleh kanak-kanak seawal usia 11 tahun. 

Menonton pornografi dilihat sebagai satu kebiasaan dalam tujuh dalam sepuluh murid di mana satu daripada sepuluh berkata mereka berkata bahawa ia adalah perkara biasa bagi mereka yang berusia antara 11 dan 12 tahun.

Dalam lingkungan umur 13 dan 15 pula nisbah tersebut mula meningkat kepada 42 peratus. Separuh daripada remaja berkenaan juga percaya menghantar imej dan video seks atau pornografi adalah suatu kelaziman yang menjadi sebahagian daripada rutin seharian mereka.

Imej lucah yang berleluasa dalam kalangan remaja itu kini amat membimbangkan banyak pihak yang menyedari bahawa ia merosakkan mereka dalam mempengaruhi sikap dan tingkah laku anak-anak muda. '

Lebih dari 7 dalam 10 daripada 500 remaja berusia 18 tahun  berkata ia membawa kepada sikap tidak realistik untuk seks, manakala dua daripada tiga berkata bahawa video lucah memberi tekanan kepada remaja perempuan untuk bertindak dengan cara yang tertentu.

Lebih 8 daripada 10 remaja yang dikaji juga berkata hubungan seks dan tunjuk ajar tentang hubungan intim perlu diajar di sekolah-sekolah.

No comments:

Post a Comment