Pelbagai cara dan taktik digunakan oleh para pemilik restoran bagi menarik perhatian pengunjung hadir ke restoran mereka. Sebuah restoran di China yang dibuka minggu lalu kini menggunakan lebih daripada sedozen robot untuk memasak dan menghantar makanan.
Kakitangan mekanikal ini menyambut pelanggan, menghantar hidangan ke meja malah turut memasak di dapur.
Menurut pengasas restoran ini, Song Yugang, idea untuk mula menggunakan robot ini tercetus atas permintaan anaknya yang tidak suka melakukan kerja rumah.
"Anak perempuan saya meminta saya untuk mencipta robot ini kerana dia tidak suka melakukan kerja-kerja rumah," kata pengasas restoran itu.
Dua robot ditempatkan di pintu untuk menyambut pelanggan, manakala empat robot humanoid pendek bertugas menghantar pesanan makanan ke meja pelanggan. Di dapur pula, dua robot biru besar dengan mata merah bercahaya ditugaskan untuk menggoreng manakala satu lagi dikhususkan untuk membuat dumplings.
Kos setiap robot adalah sekitar 40,000 yuan (RM 20, 500.00) iaitu lebih kurang sama dengan gaji tahunan pekerja manusia. Namun, mereka mempunyai banyak kelebihan.
Robot-robot ini dapat memahami 40 ayat yang lazim digunakan setiap hari. Mereka tidak akan jatuh sakit atau meminta cuti. Selepas dicaj selama dua jam, robot-robot ini boleh bekerja selama lima jam.
Restoran ini yang terletak di wilayah timur Jiangsu, merupakan yang kedua dengan konsep yang sama di sebuah restoran di bandar timur laut Harbin yang mula beroperasi pada tahun 2012.
Kenaikan kos buruh di China telah menggalakkan pengeluar untuk beralih kepada automasi dan negara China pada tahun lepas telah mengatasi Jepun sebagai pengguna robot terbesar di dunia dalam bidang perindustrian.
TUKANG MASAK ROBOT YANG TURUT MEMBANTU DI DAPUR |
No comments:
Post a Comment