expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

19 August, 2014

VIDEO INI MENJELASKAN MENGAPA ANDA TIDAK HARUS MEMUATKAN DIRI DALAM KERUSI KANAK-KANAK




Lazimnya ramai manusia yang gemar melakukan pelbagai perkara aneh walaupun adakalanya perbuatan itu sangat bodoh dan tidak masuk akal.

Mungkin perkara ini sangat lucu bagi anda atau mungkin juga ada rakan yang memaksa anda melakukannya, apa yang harus diingat jangan sesekali cuba untuk memasukkan badan anda ke kerusi makan kanak-kanak.

Mungkin ramai yang tidak menyedari hingga ke tahap mana ia akan menyusahkan anda, namun anda harus belajar sesuatu daripada pengalaman seorang lelaki bernama Darren dari Manchester.

Lihat sahaja video ini yang semakin popular di media sosial di mana si malang Darren tersekat dalam kerusi kayu dan dikelilingi oleh rakan-rakan yang bersimpati dengan nasibnya.

Lebih malang bagi lelaki ini apabila kejadian ini bukan terjadi di rumahnya namun ia kelihatan seperti ruang legar sebuah hotel walaupun tidak dinyatakan di YouTube.

Selain daripada rakan-rakan rapatnya, yang terus merakam dan mentertawakan Darren yang berhempas pulas cuba meloloskan diri, para tetamu hotel juga tercengang dengan kejadian yang menimpa Darren itu.

Malang sungguh nasib lelaki ini sehingga terpaksa menanggalkan seluar dalam cubaannya untuk meloloskan diri walaupun sia-sia.

Jadi, pengajaran daripada kisah ini adalah, jangan sekali-kali cuba memuatkan diri ke dalam kerusi kanak-kanak walau apa jua alasannya!

No comments:

Post a Comment