expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

19 August, 2014

WARIS 6 BERANAK MANGSA MH17 JEMPUT JENAZAH


Waris kepada enam beranak yang terkorban dalam tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 sudah berlepas ke Amsterdam, Belanda malam tadi untuk mengiringi jenazah seorang daripada ahli keluarga mereka yang dibawa pulang, Jumaat ini.

Keempat-empat mereka, masing-masing dua daripada keluarga Tambi Jiee, 48, dan Ariza Ghazalee, 46, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) menaiki pesawat MH2517 pada jam 4.05 petang semalam.

Mereka yang berlepas itu ialah Madzalina dan Zamuri yang mewakili keluarga Ariza serta Drahman dan Hori mewakili keluarga Tambi.

Bagaimanapun, Drahman dikatakan sudah tiba di Kuala Lumpur sehari lebih awal bagi menyelesaikan beberapa urusan termasuk menandatangani dokumentasi penting untuk kebenaran membawa pulang jenazah.

Semua mereka dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang pada jam 11.55 malam tadi menaiki pesawat MH16.

Jumaat nanti, mereka akan mengiringi jenazah seorang anak pasangan Tambi dan Ariza, Muhamad Afif, 19, yang dijangka dibawa pulang bersama 21 jenazah mangsa lain yang sudah dikenal pasti.

No comments:

Post a Comment