Mereka adalah antara golongan wanita Cina dengan kaki yang diikat sebagai simbol kecantikan dan status yang masih tinggal kini selepas berabad-abad lamanya perbuatan itu diharamkan.
Foto beberapa wanita Cina tua dengan kaki mereka hingga menjadi sebesar kaki kanak-kanak berjaya dirakam di luar bandar China oleh seorang jurufoto Hong Kong.
Amalan, kaki kecil atau juga dikenali sebagai kaki teratai yang menjadi lambang kecantikan dan status dilakukan masyarakat Cina dahulu dengan mengikat kaki kanak-kanak perempuan berusia sekitar empat tahun. Kaki kanak-kanak akan diikat secara berterusan sehingga mereka dewasa dan setelah membesar, seseorang wanita itu akan memiliki kaki kecil bersaiz kanak-kanak.
Sejak abad ke-10 di China, mempunyai kaki yang kecil adalah satu lambang bahawa seorang wanita iatu akan menjadi isteri yang baik, kerana mereka akan tunduk kepada suami mereka. Walaupun dianggap agak tidak bertamadun, ia merupakan satu tradisi yang membolehkan wanita dari golongan keluarga yang baik mencari pasangan yang sesuai.
Tradisi yang bermula semasa Dinasti Song ini telah diharamkan pada tahun 1911 tetapi masih diteruskan di kawasan luar bandar sehingga sekitar 1939
Lebih daripada 100 tahun selepas amalan mengikat kaki yang berabad-abad lamanya diharamkan di China, kini masih tinggal beberapa orang lagi wanita yang kini berusia sekitar 80-an dan 90-an.
Wanita-wanita tua yang dengan kaki kecil ini masih tinggal sebagai bukti tradisi lampau yang kadangkala dianggap keterlaluan dan tidak bertamadun. Namun inilah bukti sejarah yang masih hidup untuk ditunjukkan pada generasi masa kini
Edited by;
Farahhasina








No comments:
Post a Comment