expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

09 June, 2014

BUNUH SUAMI SEBAB TAK PUAS SEKS



Seorang wanita yang merupakan isteri kepada seorang sarjan tentera udara di New Delhi membunuh suaminya dengan bantuan teman lelakinya yang berusia 17 tahun kerana tidak berpuas hati dengan hubungan seksnya. Wanita itu pada mulanya mendakwa suaminya yang berusia 40 tahun itu meninggal dunia akibat serangan jantung sehingga bedah siasat yang dijalankan membongkar pembohongan tersebut sebulan kemudian.

Dalam soal siasat yang dijalankan, Sudha Gupta yang merupakan seorang guru dan teman lelakinya akhirnya mengakui telah mencekik Sarjan Ramesh Chandra di rumah mereka di Subrato Park di Delhi Cantonment pada 10 April selepas lelaki itu pengsan dari pagi ke tengah hari kerana mabuk .

Pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun, yang kini akan dihantar kepada ibunya yang ditahan di Penjara Tihar kerana tiada penjaga. Remaja itu pula yang namanya dirahsiakan telah dihantar pusat pemulihan.

Dalam kejadian itu, Sudha, 28, memberitahu polis dia tidak berpuas hati dengan kehidupan seks dia dan suaminya sejak perkahwinan mereka pada tahun 2008 dan ketagihan alkohol Chandra juga telah mendinginkan lagi hubungan mereka dalam tempoh dua tahun.

Wanita lepasan ijazah itu yang mahukan kehidupan yang lebih baik, mula mengajar di sebuah institut latihan kejuruteraan beberapa bulan lalu di mana dia telah bertemu dengan remaja berkenaan.

Chandra yang mula mengesyaki hubungan sulit Sudha meminta beliau untuk menjauhkan diri daripada remaja berkenaan. Namun, Sudha berkomplot untuk membunuh Chandra dan kemudiannya tinggal bersama dengan teman lelakinya itu serta menyara hidup dengan gajinya dan wang pampasan daripada kematian suaminya.

Edited by
Farahhasina

No comments:

Post a Comment