expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

08 June, 2014

DITEMBAK DAN DICAMPAK DALAM TERUSAN KERANA KAHWINI LELAKI PILIHAN SENDIRI






Seorang wanita Pakistan berusia 18 tahun terselamat selepas ditembak dan dibuang ke dalam sebuah terusan oleh bapanya selepas dia mengahwini lelaki yang bukan pilihan keluarganya. Polis memberitahu ia merupakan keganasan terbaru dalam siri serangan ke atas wanita yang berlaku di Pakistan.

Dalam kejadian itu, seorang wanita berusia 25 tahun telah dipukul dan direjam oleh keluarganya kerana berkahwin dengan seorang lelaki yang bukan pilihan mereka. Ini merupakan salah satu daripada beratus-ratus kes yang dipanggil 'pembelaan maruah' serta ia berlaku setiap tahun di Pakistan oleh ahli keluarga yang konservatif terhadap wanita yang dituduh membawa malu kepada keluarga.

Pegawai polis tempatan Ali Akbar berkata, bapa wanita berkenaan dengan bantuan daripada beberapa saudara-mara beliau telah menyerangnya di Hafizabad, yang merupakan sebuah bandar konservatif, 200 kilometer di tenggara Islamabad.

Menurut laporan sebuah akbar, Saba Maqsood mencintai eorang lelaki dari sebuah bandar yang berhampiran dan telah berkahwin dengannya minggu lepas, tetapi bapanya Ahmed, membawa wanita berkenaan pulang ke rumah mereka selepas berjanji tidak akan mengapa-apakannya. Namun, selepas dibawa pulang, dia dipukul oleh ahli keluarga, dan pada keesokan harinya Ahmed membawanya ke sebuah kawasan yang sunyi untuk membunuhnya.

Saba Maqsood memberitahu bahawa ayahnya dan saudara-mara yang lain menyangka bahawa dia telah mati, tetapi dia sedar semula, membuka karung dan keluar dari terusan itu. Saba terus berjalan ke sebuah stesen minyak, di mana dia memberitahu tentang kejadian itu kepada seorang pengawal keselamatan.

"Kami menyerbu tempat-tempat yang berbeza dalam usaha untuk menangkap ayahnya dan semua yang terlibat dalam kes ini " kata polis lagi. Kes keganasan ke atas wanita pada bulan lalu telah mengundang kemarahan banyak pihak di mana aktivis hak asasi manusia mendakwa pelaku sering dibebaskan atau hanya diberi hukuman ringan.

Di bawah undang-undang Pakistan, mereka yang didakwa membunuh wanita boleh dibuang kes jika ahli keluarga si mati mengampunkan mereka atau bersetuju menerima bayaran yang digelar 'wang darah'

No comments:

Post a Comment