Apakah nilai bagi sebuah telefon bimbit? Berbaloikah apabila 2 nyawa menjadi tukaran untuk sebuah telefon bimbit berharga RM 1025.00? Namun inilah yang terjadi di Xinxiang, China. Seorang lelaki dan ibunya maut dalam cubaan untuk mendapatkan semula sebuah telefon bimbit yang terjatuh ke dalam lubang tandas.
Dalam kejadian itu, telefon bimbit bernilai 2,000 yuan (RM 1025.00) yang baru dibeli milik seorang wanita telah terjatuh ke dalam lubang tandas jenis terbuka di rumahnya. Demikian lapor Dahe, sebuah laman web yang dikendalikan oleh kerajaan di wilayah Henan.
Suami wanita berkenaan telah masuk ke dalam tangki najis itu untuk mendapatkan semula telefon berkenaan namun telah pengsan disebabkan bau yang sungguh kuat. Seketika kemudian, ibu lelaki berkenaan juga masuk ke dalam tangki naji itu untuk membantu anaknya namun dia juga tidak mampu bertahan dengan bau yang sungguh kuat.
Menyedari keadaan itu, wanita berkenaan juga masuk ke dalam lubang tangki berkenaan untuk membantu suami dan ibu mertuanya namun dia juga pengsan dan keadaan yang sama berlaku apabila bapa mertuanya pula cuba membantu di dalam lubang tangki najis itu. Dua jiran yang kemudiannya masuk untuk membantu juga mengalami nasib yang sama.
Penduduk kampung di Xinxiang, kemudiannya menggunakan tali untuk mengeluarkan keenam-enam mangsa berkenaan dari lubang tangki najis itu namun lelaki berkenaan dan ibunya telah meninggal dunia. Imej yang dipaparkan secara online menunjukkan lubang tangki yang dibina menggunakan bata itu berukuran satu meter persegi.
Edited by
Farahhasina





No comments:
Post a Comment