Gempar kini apabila kisah tentang anak patung seram di Singapura tersebar meluas di Twitter. Menurut cerita yang tersebar secara online, warga Singapura kecoh dengan penemuan satu anak patung dengan mata ditutup menggunakan kain yang tertera kalimah Allah di sebatang pokok di Hougang Singapura.
Pemilik patung seram tersebut yang merupakan salah seorang pengguna laman twitter dengan nama akaun Narcosis memberitahu bahawa anak patung itu diterimanya melalui pos daripada seseorang. Dia dikatakan seorang penggemar dan pengumpul koleksi patung antik namun daripada 10 patung antik yang dimilikinya, satu patung itu agak luar biasa dan berpuaka.
Menurut pemilik lagi, ia merupakan anak patung buatan tangan dengan wajah yang menyeramkan dan anak patung tersebut didapati bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Oleh kerana takut, dia telah menutup mata patung berkenaan dengan ayat kalimah Allah dan meletakkannya di sebatang pokok. Tambahnya lagi, dia berbuat demikian supaya patung itu tidak mengikutinya lagi atau sesiapapun.
Seseorang yang menjumpai patung itu di pokok tersebut telah meminta bantuan seorang ustaz untuk membantu.
Edited by
Farahhasina





No comments:
Post a Comment