expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

09 June, 2014

BABI PUN NEKAD LARIKAN DIRI



 




Ini kisah seekor babi yang mengambil tindakan nekad menyelamatkan dirinya dari menjadi santapan enak di China. Dalam kejadian ini, seekor babi yang dibawa dalam sebuah lori untuk ke rumah sembelihan berjaya melepaskan dirinya selepas terjun daripada lori tersebut.

Babi yang digelar Babe, sempena filem Hollywood itu nekad untuk melompat keluar dari lori itu pada ketinggian16 kaki. Kejadian yang berlaku di selatan China itu disaksikan ramai orang setelah babi berkenaan berkeliaran selepas berjaya meloloskan dirinya.

Seorang saksi berkata babi tersebut pada mulanya memanjat belakang babi yang lain sebelum melompat keluar dari lori yang menuju ke rumah sembelihan itu. Ajaibnya babi tersebut berjaya melarikan diri tanpa sebarang kecederaan selepas lompatan berani matinya itu.

"Babi itu selamat selepas lompatan yang dilakukannya dan kelihatan sesat di dalam bandar besar. Jika kami tidak menangkapnya, babi ini sudah pasti telah menjadi hidangan penduduk tempatan" kata seorang jurucakap polis di rantau Guangxi. 

Beliau menambah: "Babi ini nampak peluang untuknya melarikan diri dengan memanjat kawannya, oleh itu ia perlu diberi peluang untuk hidup dan tidak akan dimakan di sini"

Babe kini disimpan di balai polis dan sangat gembira di dalam kandang yang biasanya dikhaskan untuk anjing polis.

Edited by;
Farahhasina

No comments:

Post a Comment