Macam-macam jenis kegilaan dalam dunia ini. Manusia kadangkala boleh bertindak aneh untuk memenuhi keinginan. Bagi seorang lelaki New York, kerana terlalu obses terhadap permainan video, dia mengambil keputusan untuk mengubahsuai bilik tidurnya seperti arked permainan tahun 1980-an.
Pada awalnya,Chris Kooluris menjalani hidup yang normal tetapi segalanya berubah apabila dia bertunang dan bercadang untuk menjual apartmen miliknya. Namun apabila dia gagal menjual apartmennya itu dia mula membaca Ready Player One, sebuah majalah mengenai permainan video era 80-an.
Dia menjadi taksub dengan segala yang dibacanya dan mengambil keputusan drastik untuk mewujudkan arena permainan era 80-an miliknya sendiri. Chris membelanjakan $ 32,000 (RM 103,000.00) untuk mengubahsuai bilik tidurnya menjadi arked permainan era 1980-an impiannya.
Pada mulanya tunang kesayangannya memberi sokongan malah banyak membantu beliau dalam kerja-kerja mereka bentuk motif lantai berjubin yang berwarna-warni seperti yang telah dirancang. Namun pengubahsuaian Chris itu telah mengawal kehidupannya sehingga dia menjadi terlalu obses terhadap hobi itu dan mengabaikan banyak perkara lain.
Hal itu menimbulkan kebosannya tunangnya yang tidak lama kemudian memulangkan cincin pertunangan mereka. Kini Chris hanya hidup dengan arked permainan miliknya. Walaupun kini tiada kekasih, namun Chris mempunyai ramai kawan yang akan menghabis malam minggu bersamanya untuk bermain bersama. Chris juga sesekali menerima kunjungan daripada orang yang ingin melawat arked permainannya.
Walaupun dia gembira dengan hidupnya, namun Chris tetap menasihatkan kepada sesiapa yang mempunyai hobi untuk tidak terlalu taksub dengannya dan sentiasa menghargai hubungan istimewa mereka. Itu yang telah Chris pelajari dari sikap obsesnya.
![]() |
| Bilik tidur Chris sebelum mengalami proses pengubahsuaian |






No comments:
Post a Comment