expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

11 June, 2014

LELAKI PALING TUA MENINGGAL DUNIA



Seorang lelaki berusia 111 tahun yang disahkan sebagai manusia yang tertua di dunia telah meninggal dunia. Alexander Imich meninggal dunia pagi Ahad lalu di kediamannya di Manhattan. Anak saudara beliau, Karen Bogen, mengesahkan tentang kematiannya kepada pemberita.

Imich telah disahkan sebagai manusia yang tertua di dunia pada bulan April lepas oleh Kumpulan Penyelidikan Gerontologi daripada Torrance, California.

Menurut data kumpulan itu, Imich diiktiraf sebagai lelaki paling tua di dunia yang hidup oleh Buku Rekod Dunia Guinness selepas Arturo Licata dari Itali meninggal dunia sebelum menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-112.

Menurut seorang kawan lamanya di New York, Michael Mannion, Imich dilahirkan di Poland pada 4 Februari 1903. Dia dan isterinya, Wela, melarikan diri apabila apabila Nazi menakluk Poland dan berjaya melepaskan diri daripada kem tahanan di Rusia. Pada tahun 1951, mereka berpindah ke Amerika Syarikat sehingga isterinya meninggal dunia pada tahun 1986. Mereka tidak mempunyai anak.

Walaupun meninggal dunia pada usia 111 tahun, Imich gagal mengatasi manusia paling tua yang masih hidup di dunia iaitu, Misao Okawa yang merupakan seorang wanita dari Jepun yang berusia 116 tahun.

Edited by,
Farahhasina

No comments:

Post a Comment