Seorang lelaki telah ditangkap semasa hendak menaiki penerbangan dengan cubaan untuk menyeludup 66 ekor burung yang dijahit di dalam seluarnya.
Lelaki yang tidak diketahui namanya itu telah ditahan di Cuba selepas pegawai bertugas perasan akan beberapa bonjolan di dalam seluar lelaki berkenaan yang cuba untuk menaiki penerbangan menuju ke Amerika.
Semua burung tersebut adalah dari spesis yang jarang ditemui dan mungkin telah dicuri untuk dijual dengan nilai ribuan pound, kata polis. Lelaki itu hampir berjaya menaiki penerbangan berkenaan kerana alat pengesan gagal untuk mengesan barang seludupan beliau yang berbulu itu.
Namun disebabkan bahagian seluarnya yang kelihatan buncit dan berbonjol serta keadaannya yang berjalan terlalu perlahan, seorang pegawai kastam, Hermogenes Yonsiver memutuskan untuk membawanya ke bilik pemeriksaan untuk pemeriksaan tubuh.
"Sebaik sahaja dia tahu rahsianya telah terbongkar, dia cuba berbohong dengan mengatakan bahawa dia hanya membawa burung merpati untuk dihadiahkan kepada cucunya" kata pegawai Yonsiver.
"Selepas dia dipaksa untuk menurunkan seluarnya, kami menemui semua burung kecil yang ketakutan, sesetengah daripadanya diikat di bahagian paruh agar bunyi mereka tidak kedengaran"
Dua daripada burung yang diletakkan berhampiran kemaluannya ditemui telah mati apabila polis mengarahkan beliau untuk membuka seluar.
Polis berkata lelaki itu masih dalam soal siasat berikutan penangkapannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Ignacio Agramonte di bandar Cuba Camaguay. Beliau boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atas kesalahan itu.
Kes perdagangan spesies terancam di seluruh dunia kini semakin meningkat. Dua minggu lalu di Jerman seorang lelaki telah ditahan di Lapangan Terbang Frankfurt dengan 99 kura-kura, cicak dan ular yang dibalut dengan pita pelekat dalam beg pakaiannya.
Edited by,
Farahhasina





No comments:
Post a Comment