![]() |
| DR ARTHUR ZILBERSTEIN DIDAKWA HANTAR MESEJ LUCAH KETIKA PEMBEDAHAN |
Lesen seorang doktor di Seattle telah digantung kerana beliau menghadapi tuduhan menghantar selfie bogel kepada pesakit dan berbalas mesej lucah semasa pembedahan.
Menurut Jabatan Kesihatan Washington , Doktor Arthur Zilberstein telah mengabaikan keselamatan pesakit kerana terlalu asyik dengan perkara-perkara seksual semasa dia bertugas di hospital antara sekurang-kurangnya bulan April dan Ogos 2013.
Suruhanjaya Kualiti Perubatan di situ melaporkan bahawa Zilberstein telah berulang kali menghantar mesej berbaur seksual semasa menjalankan pembedahan. Dalam salah satu pembedahan pada 6 Ogos tahun lalu, Zilberstein dilaporkan bertukar 45 mesej berbaur seksual dengan seorang wanita, menurut suruhanjaya itu.
Suruhanjaya itu juga mendakwa beliau telah menggunakan imej pesakit untuk kepuasan seksual secara peribadi, serta mempunyai keinginan seksual semasa bekerja. Beliau juga menghantar sekeping gambar dirinya memakai seragam hospital dengan alat kelamin yang terdedah kepada wanita yang sama.
Selain daripada tuduhan seksual, suruhanjaya itu juga berkata Zilberstein telah memberikan ubat terutamanya 'oxycodone' kepada pesakit sekurang-kurangnya sebanyak 29 kali tanpa memeriksa mereka. Dia juga dituduh melakukan hubungan seks dengan salah seorang daripada pesakit semasa bekerja. Selain itu, Zilberstein juga dituduh membuat kenyataan berbaur perkauman kepada salah seorang pesakitnya.
Pusat Perubatan Sweden iaitu tempat di mana Zilberstein bekerja, telah mengeluarkan kenyataan pertuduhan terhadapnya. Lesen perubatan Zilberstein telah digantung sehingga segala pertuduhan ke atasnya selesai. Beliau diberi tempoh 20 hari untuk memberi maklum balas terhadap semua pertuduhan tersebut. Setakat ini, tiada tindakan undang-undang yang jelas telah diambil terhadap doktor ini.
Edited by,
Farahhasina




No comments:
Post a Comment