expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

11 June, 2014

MATA DITIKAM SAMPAI BUTA AKIBAT PANGGILAN PALSU



Seorang wanita Sikh ditikam di mata oleh bapa mertuanya yang menuduh beliau mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki beragama Islam.

Mata wanita itu, Jageer Mirgind ditikam dengan pisau dan pergelangan tangannya dikelar dalam suatu serangan ganas ke atasnya di rumah mereka di Kensington Gardens, Ilford, East London.

Manjit Singh Mirgind, 51, menyerang menantunya itu kerana mendakwa beliau telah memusnahkan keluarganya. Beliau menjadi sangat marah apabila beliau mengesyaki menantunya itu telah meniduri seorang lelaki Muslim.

Dalam kejadian itu, Manjit telah menumbuk menantunya di muka dan mengheretnya ke dapur di mana dia menendang beliau dengan kejam. Manjit kemudiannya mengambil pisau dan menikam mata mangsa sambil berkata "Saya akan bunuh awak!"

Anak-anak mangsa yang menyaksikan serangan ngeri terhadap ibu mereka itu merayu kepada Manjit untuk menghentikan perbuatan tersebut. Manjit mendapat luka dan parut kekal serta menjadi buta akibat daripada serangan itu.

Manjit yang didakwa atas tuduhan itu dijatuhkan hukuman penjara selama sepuluh tahun dan lapan bulan oleh Mahkamah Crown Snaresbrook.

Serangan ganas itu dilakukan kerana wanita itu dipercayai menjalin hubungan sulit dengan seorang lelaki. Malangnya ia adalah salah faham yang berpunca daripada panggilan palsu yang sering diterima oleh menantunya itu.

Edited by;
Farahhasina

No comments:

Post a Comment