expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

09 June, 2014

OBSESI TWITTER; SETIAP DETIK DALAM DEWAN BERSALIN DIKONGSI DENGAN JUTAAN ORANG






Kerana begitu obses dengan Twitter, seorang bakal ibu berkongsi segala detik di dalam dewan bersalin dan kisahnya dengan jutaan orang apabila memuatnaik segala detik tersebut melalui akaun Twitter miliknya.

Lyndsey Thomas, 34, berkongsi gambar-gambar dirinya bergambar dengan doktor, proses epidural serta pengalaman kontraksi selama 12 jam yang dilaluinya semasa bersalin. Lyndsey, mengemas kini dan memuatnaik hampir setiap peringkat kontraksi yang dilaluinya

Foto yang dikongsi melalui Twitter itu menunjukkan perkembangan proses-proses yang dilaluinya. Walaupun dalam kesakitan untuk melahirkan namun, dia sempat merakam segala detik itu bersama dengan doktor dan suaminya, Iain.

Walaupun kebanyakan wanita sukakan privasi sewaktu hendak melahirkan, namun Lyndsey telah menjemput berjuta-juta orang yang tidak dikenali untuk berkongsi setiap detik itu melalui Twitter. Beliau merakam setiap fasa dan peringkat kontraksi yang dialaminya dan terus memuatnaiknya di Twitter.

Lyndsey yang sepuluh hari terlewat dari jangkaan bersalin akhirnya melahirkan seorang bayi perempuan, Fearne Eileen pada 17 Mei lalu di Hospital Whittington, London.

Mungkin kerana obsesi yang terlampau terhadap Twitter, dia tidak mempedulikan kesakitannya dan telah kembali secara online 20 minit selepas bersalin untuk memuatnaik gambar terbarunya menyusukan bayi tersebut.

Edited by;
Farahhasina



 

No comments:

Post a Comment