expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

09 June, 2014

ANJING PSIKIK PILIH ENGLAND DALAM PERLAWANAN PEMBUKAAN PIALA DUNIA


Bahang kehangatan bola sepak piala dunia kini semakin terasa. Belum pun Piala Dunia bermula, pelbagai ramalan telah dibuat tentang pasukan-pasukan yang bakal menjuarai Piala Dunia. Pada musim-musim sebelum ini, pelbagai binatang yang dikatakan mempunyai kuasa 'psikik' digunakan untuk membuat ramalan tentang Piala Dunia.

Ingatkah anda pada Paul, si sotong kurita yang membuat ramalan Piala Dunia 2010? Begitu juga dengan Mani si burung nuri yang juga pernah membuat ramalan. Kini seekor anjing bulldog 'psikik' pula membuat ramalan bagi piala dunia musim ini. Pasti para peminat pasukan England akan bersorak gembira kerana anjing yang bernama 'Roo' ini telah memilih pasukan England sebagai pasukan pilihannya.

Menurut pilihan Roo, England mampu untuk menewaskan Itali pada perlawanan pembukaan mereka pada minggu depan.

Sebuah rangkaian kedai haiwan peliharaan yang terkemuka 'Pets at Home' telah memperkenalkan anjing bulldog ini sebagai peramal untuk menggantikan sotong kurita psikik yang popular dari Jerman, si Paul.

Menurut kedai tersebut, Roo telah berjaya meneka pemenang Grand National tahun ini, dengan mata yang tepat 25-1. Roo membuat ramalan dengan memilih semangkuk biskut bertanda bendera England dan bukan mangkuk dengan bendera Itali.

Pengarah pemasaran Pets at Home berkata kebolehan Roo ini Roo adalah keistimewaan yang luar biasa. Walau bagaimanapun, tidak pula disebutkan tentang berapa jaringan yang mampu dihasilkan dalam perlawanan pembukaan itu.

Edited by
Farahhasina

No comments:

Post a Comment