Ini kerana mereka bimbang air paip yang menjadi sumber air minuman mereka mengandungi sesuatu serpihan lain yang mungkin lebih berbahaya
Seorang penduduk di kawasan itu, Mark Brown memberitahu isterinya, Sharon telah memberitahu beliau tentang kepingan emas yang mengalir di paip mereka ketika dia sedang mencuci.
"Isteri saya kemudiannya memulas paip untuk membiarkan air terus keluar dan dia menemui sesuatu yang berkilauan" kata beliau.
Walaupun dia sepatutnya gembira kerana paipnya mengeluarkan sesuatu yang sangat berharga, namun Brown tidak begitu gembira malah risau kerana dia lebih prihatin tentang apa lagi yang mungkin akan keluar melalui paip tersebut.
Beliau menambah: "Jika kami mendapat logam berat seperti emas ini yang boleh dilihat dengan mata kasar, bayangkan apa lagi yang mungkin terdapat di dalam air paip ini?"
Lombong emas berdekatan dilihat sebagai punca kejadian pencemaran air paip ini tetapi seorang pegawai menafikannya dan mendakwa bahawa ia mungkin terjadi disebabkan paip penyambung.
Edited by;
Farahhasina





No comments:
Post a Comment