expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

10 June, 2014

HIDUP DENGAN GUNTING DALAM PERUT SELAMA 9 TAHUN



Seorang lelaki menanggung derita kesakitan selama sembilan tahun kerana hidup bersama sebilah gunting di dalam perutnya. Gunting tersebut tertinggal secara tidak sengaja oleh doktor di dalam perut beliau semasa pembedahan.

Setelah sembilan tahun, gunting itu berjaya dikeluarkan dan mangsa, Alen Papac, 38, dari Mostar di Bosnia Herzegovina menuntut pampasan.

Papac, telah menjalani pembedahan membuang ulser perut pada tahun 2003. Dia memberitahu, "Saya menderita menahan sakit di dalam perut saya selama bertahun-tahun dan selepas itu dan saya juga menghidap masalah kesihatan yang lain yang kini saya sedari berpunca daripada gunting yang berada dalam perut saya"

"Apabila kesakitan saya menjadi kritikal, saya mengambil keputusan untuk kembali semula ke hospital itu dan apabila pihak hospital menjalankan x-ray , mereka menemui sebilah gunting di dalam perut saya." tambah Papac lagi

Dia berkata pasukan perubatan terkejut apabila menemui sebilah gunting pembedahan sepanjang 12cm di dalam perutnya.

Bekas pesakit Hospital Universiti Klinikal Mostar itu kemudiannya menjalani pembedahan mengeluarkan gunting yang tertinggal dalam perutnya dan kemudiannya menghubungi hospital itu untuk menuntut pampasan. Kes mahkamah bagi tuntutan Papac kemudiannya dibuka.


Edited by;
Farahhasina

No comments:

Post a Comment