expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

10 June, 2014

PEMPROSESAN BIHUN CAP MASJID YANG KOTOR DAN MENJIJIKKAN



Pasti ramai ramai ibu-ibu yang pernah menggoreng bihun dari jenama cap masjid. Melihat pada nama dan logo yang tercetak pada bungkusan bihun tersebut yang ala islam dan mempunyai logo halal, mungkin ramai yang beranggapan bahawa pembuatannya adalah selamat, bersih dan suci,.

Namun kenyataan tentang produk ini adalah sebaliknya. Kilang Mee Hoon Van Loong Bee Hoon SDN BHD yang memproses bihun CAP MASJID di jalan Ipoh, Kuala Lumpur didapati memproses produk makanan ini dengan cara yang kotor dan menjijikkan. Gambar-gambar yang kami perolehi menunjukkan betapa kotornya proses pembuatan bihun ini di kilang tersebut.

Perkara ini menimbulkan kemusykilan pada banyak pihak. Bagaimanakah kilang sekotor ini dapat terus beroperasi? Adakah pihak pegawai kesihatan KKM membuat pantauan ke atas kilang ini? Adakah kita boleh meyakini produk-produk makanan hanya berdasarkan logo dan nama ala Islam?

Pihak berkenaan yang bertanggung jawab perlu memastikan semua produk makanan terutamanya bagi umat islam adalah bersih, halal dan suci.

Suatu ketika dulu heboh kisah kilang kilang roti High5 yang menjadi kontroversi apabila didapati kotor dan menjijikkan. Selepas pembongkaran kisah itu dan tindakan yang sepatutnya diambil telah dijalankan, kini kilang bihun ini pula yang harus diberi perhatian.

Adalah diharapkan umat Islam akan terus membuat siasatan ke atas mana-mana kilang terutamanya kilang daripada pengusaha bukan Islam untuk memastikan kebersihan dan kehalalan produk makanan itu.

Ini bagi memastikan makanan yang diambil sentiasa bersih dan suci dan kebersihan itu sememangnya sesuatu yang dituntut dalam agama. Oleh itu umat Islam harus memboikot makanan yang didapati tidak bersih apatah lagi tidak halal.


Klik gambar untuk zoom lebih besar

 

 

 

 

Edited by
Farahhasina

No comments:

Post a Comment