expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

05 June, 2014

PEKERJA ZOO MEMAKAI KOSTUM GORILLA DITEMBAK UBAT PENENANG

 


Dalam suatu kesilapan yang berlaku di sebuah Zoo di Sepanyol, seorang pekerja zoo yang lengkap memakai kostum gorilla ditembak dengan ubat penenang kerana disangka gorilla sebenar. Dalam kejadian tersebut, seorang staff zoo yang di Tenerife dilaporkan mengenakan kostum gorilla untuk suatu latihan kecemasan sekiranya ada di antara haiwan tersebut yang terkeluar dari dalam kurungan.

Menurut akhbar La Opinión de Tenerife, lelaki dengan kostum gorilla berkenaan berlari di sekitar kawasan zoo untuk membuatkan latihan berkenaan lebih menjadi. Namun, penganjur latihan kecemasan itu tidak memaklumkan kepada kakitangan zoo yang lain sehingga menyebabkan keadaan panik lalu mereka menembak ubat penenang kepada 'gorilla palsu' berkenaan.

Lelaki berkenaan telah ditembak di kaki dengan ubat penenang yang mampu menidurkan gorilla seberat 180 kg. Tembakan pelali itu telah menyebabkan badan lelaki berkenaan mengalami tindakbalas allergi yang serius dan dikejarkan ke University Hospital di Canary Islands.

Edited by
Farahhasina

No comments:

Post a Comment