expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

05 June, 2014

"SAYA TAK AKAN BUNUH ISTERI LAGI"



Seorang lelaki Turki yang muncul dalam sebuah program televisyen diusir keluar dari program itu setelah membuat ikrar dan janji bahawa beliau tidak akan membunuh isteri ketiganya sejurus selepas beliau membuat pengakuan telah membunuh isteri pertama dan kekasihnya. Sefer Calinak, 62 membuat pengakuan yang amat memeranjatkan itu dalam sebuah program terbitan Flash TV , 'Luck of the Draw'.

Beliau dengan amat tenang membuat pengakuan bahawa beliau pernah disabitkan atas kesalahan membunuh sebanyak 2 kali sebelum ini. Dalam temuramah dengan hos program berkenaan, Sefer menerangkan bahawa beliau membunuh isteri pertamanya yang juga sepupu beliau sendiri disebabkan cemburu dan kemudiannya membunuh kekasihnya secara tidak sengaja dengan menggunakan kapak. Sejurus selepas pengakuan tersebut, Sefer telah diarahkan keluar dari set oleh hos program televisyen berkenaan.

Sefer juga berkata "Semua wanita akan meninggalkan saya selepas saya memberitahu bahawa saya telah membunuh membunuh 2 orang wanita sebelum ini. Tapi kini saya telah insaf setelah dipenjarakan selama 14 tahun. Saya dengan jujurnya kini mencari isteri baru dan sesiapa yang akan mengahwini saya tidak perlu takut kerana saya tidak akan membunuh yang ketiga"

                       
Edited by
Farahhasina

No comments:

Post a Comment