5 April 2014

UDON THANI - THAILAND. Ratusan penyokong Baju Merah menjalani latihan mempertahankan diri sebagai usaha melindungi kerajaan sekali gus mencetuskan kebimbangan baharu terhadap konflik awam.
Mereka turut berazam mengumpulkan ribuan penyokong lain untuk berhimpun di pinggir bandar Bangkok, Sabtu ini, selama dua hari bagi menghalang pembangkang menjatuhkan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra.
Pemimpin Baju Merah, Kwanchai Pripana berkata, seramai 40,000 sukarelawan telah mendaftar untuk menjadi pengawal yang bertanggungjawab melindungi Baju Merah dan beberapa lagi pusingan latihan dirancang diadakan di seluruh rantau timur laut Isaan.
Kami berhati singa dan merupakan pejuang sebenar. Kami sedang membina kekuatan dan belajar bagaimana untuk mempertahan diri. Jika seorang daripada kami terbunuh, seribu Baju Merah akan lahir," katanya dalam laporan Channel News Asia.
Difahamkan, mereka memakai pakaian seragam hitam ketika mengadakan latihan di kem di Udon Thani, sebagai simbolik berkabung di atas keputusan mahkamah membatalkan pilihan raya umum Februari lalu, kerana diganggu penunjuk perasaan.


No comments:
Post a Comment