expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

07 June, 2014

KANTOI, POLIS DITANGKAP LAKUKAN SEKS DALAM KERETA SKUAD POLIS



Seorang anggota polis Montreal kantoi apabila dirakam sedang melakukan hubungan seks di dalam kereta skuad polis. Dalam kes itu, gambar anggota polis terbabit yang sedang melakukan hubungan seks bersama pasangannya di dalam kereta skuad polis telah tersebar luas secara online dan kini dalam siasatan.

Rakaman dari seorang jurugambar amatur menunjukkan dengan jelas profil pegawai yang duduk di tempat duduk pemandu dan seorang wanita muda yang kelihatan berbogel di pangkuan beliau. Lampu di dalam kereta yang dipasang menunjukkan dengan jelas muka kedua-dua mereka.

"Kami menjalankan siasatan mengenai foto yang diedarkan di media sosial" pasukan polis Montreal berkata di Twitter. Polis juga meminta saksi untuk tampil ke hadapan dengan apa-apa maklumat tambahan.

Jurucakap polis mengesahkan kepada radio tempatan yang anggota polis berkenaan telah dikenal pasti dan kini menghadapi tindakan disiplin.

Lelaki muda yang mengambil gambar itu juga memberitahu stesen radio yang sama bahawa ketika kejadian terdapat seorang lagi anggota polis di tempat duduk belakang bersama seorang wanita lain di dalam kereta yang sama.

Edited by
Farahasina

No comments:

Post a Comment