expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

07 June, 2014

TERSEDU TANPA HENTI SELAMA 3 TAHUN



Tersedu merupakan keadaan biasa yang kadangkala berlaku pada setiap orang. Dalam keadaan normal seseorang mungkin tersedu untuk beberapa minit dan ia akan hilang dengan sendirinya selepas beberapa ketika. Namun pernahkah anda dengar tentang orang yang tersedu tanpa henti selama bertahun-tahun?

Hal ini berlaku pada seorang lelaki dari Ireland. Daniel Clavin, 38, mula tersedu pada bulan Julai 2011dan tidak pernah berhenti tersedu sejak itu. Lelaki ini disahkan menghidap 'multiple sclerosis' atau MS yang dipercayai menjadi punca dia tersedu tanpa henti. MS adalah keadaan neurologi yang menjejaskan saraf di dalam otak dan saraf tunjang hingga boleh menyebabkan badan kehilangan keupayaan untuk mengawal sedu.

Clavin sangat kecewa apabila diberitahu doktor bahawa dia mungkin akan berkeadaan begitu sepanjang hayatnya. Ini kerana keadaan tersebut banyak menggangu kehidupan hariannya. Kerana bimbang waktu tidur isterinya terganggu, dia terpaksa tidur di bilik bersaingan. Malah dia juga malu untuk keluar di tempat awam dan dan mengalami kesulitan setiap kali hendak makan. Ada ketikanya sedu itu menutup diafragmanya sehingga dia tidak dapat bernafas selama 30 saat.

Clavin memberitahu bahawa kebayakan orang yang ditemui pada mulanya akan berasa lucu dengan keadaanya namun setelah beberapa ketika mereka akan mula berasa terganggu. Clavin telah mencuba pelbagai teknik dan petua yang disarankan kepadanya untuk menghentikan sedu yang dialaminya namun tiada satu pun yang berjaya.

"Saya diberitahu doktor bahawa beban yang saya alami akibat penyakit ini sememangnya berat kerana MS boleh memberi kesan kepada otak dalam banyak bentuk dan setakat ini simptom yang saya alami hanyalah sedu, jadi saya tidak boleh merungut apa-apa" kata Clavin

Edited by;
Farahhasina

No comments:

Post a Comment