expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

07 June, 2014

CHRISTIANO RONALDO TERSENARAI ANTARA 100 ORANG PALING BERPENGARUH DI DUNIA


Bintang bola sepak Real Madrid, Cristiano Ronaldo disenaraikan sebagai salah seorang daripada 100 orang yang paling berpengaruh di dunia oleh majalah berprestij Amerika, TIME.

Ronaldo adalah salah satu daripada empat atlet yang berada dalam senarai itu, selain pemain tenis nombor satu dunia, Serena Williams, pemain golf remaja Lydia Ko, pemain American Footbal terkenal, Richard Sherman, dan atlet gay NBA, Jason Collins.

Pemain lagenda bola sepak Brazil,Pelé berkata "Cristiano Ronaldo adalah salah satu daripada atlet yang paling berpengaruh dalam sukan hari ini. Saya amat menghormati mindanya yang kompetitif di padang, dan tidak hairanlah bahawa dia kini dianggap sebagai pemain bola sepak terbaik di dunia"

"Cristiano tidak pernah berhenti untuk memberikan yang terbaik untuk pasukan kebangsaannya. Saya akan terus menggalakkan dia untuk bekerja lebih keras dan terus menyemarakkan semangat untuk sukan ini di kalangan belia hari ini." kata Pelé lagi.

Edited by
Farahhasina

No comments:

Post a Comment