expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

07 June, 2014

APABILA ANJING MEMANDU KERETA




Seringkali kita mendengar tentang kepintaran pelbagai jenis haiwan yang dilatih melakukan bermacam-macam jenis aksi. Namun, apakah yang akan terjadi apabila seekor anjing memandu sebuah kereta? Kejadian ini berlaku apabila John Costello yang berasal dari Massachusett membawa anak anjing peliharaannya yang berusia 3 bulan keluar bersiar-siar di tepi sebuah kolam.

Selepas dibawa berjalan-jalan di tepi Kolam Bolivar di Kanton, anak anjing baka German Shepherd yang diberi nama Rosie itu tiba-tiba menjadi begitu teruja lalu terus melompat ke dalam kereta milik Costello yang enjinnya masih hidup. Anak anjing itu terus menolak gear dan 'memandu' kereta itu sebelum ia terjunam ke dalam kolam.

Beberapa pejalan kaki di situ yang melihat kekecohan yang berlaku datang membantu Costello menyelamat Rosie. Walaupun tiada sesiapa yang cedera, namun kereta Dodge Neon milik Costello telah rosak teruk dalam kejadian itu

Pihak 911 yang dihubungi terkejut dengan kejadian itu dan seorang pegawai, Robert Quirk berkata beliau tidak pernah mendengar tentang anjing yang memandu kereta.


Edited by
Farahhasina

No comments:

Post a Comment