expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

07 July, 2014

PASANGAN LAKUKAN SEKS DI PANCURAN AIR DI TENGAH BANDAR


Polis Rusia telah diarahkan untuk mengesan satu pasangan yang ditangkap melakukan hubungan seks di pancuran air awam pada siang hari tanpa menghiraukan orang yang lalu lalang.

Perlakuan erotik mereka ini telah dirakamkan oleh Aleksey Douhov, 26 ketika pasangan ini sedang hangat berasmara selama 15 minit di atas pancuran air bersejarah di bandar Samara. Video ini begitu cepat tersebar dan menjadi salah satu video yang paling kerap ditonton di media sosial Rusia.

Video itu menunjukkan wanita tersebut berada di atas pasangannya yang sedang berbaring di atas binaan pancuran air awam dan mereka rancak melakukan hubungan seks tanpa mempedulikan orang awam yang lalu lalang.

Di akhir video berkenaan, wanita itu dilihat melompat di atas lelaki itu dan mereka terus membetulkan pakaian sebelum kedua-duanya berjalan sambil ketawa.

"Saya menganggarkan mereka telah melakukannya selama kira-kira 15 minit dan tiada siapa yang melakukan apa-apa, walaupun ia berlaku pada pukul 11:00 pagi," kata Aleksey.

"Mereka melakukan hubungan seks sepenuhnya di pancuran air awam di Leningrad Street dan mereka melakukannya seolah-olah ia adalah perkara yang paling biasa di dunia," tambah Aleksey lagi.

Walau bagaimanapun ahli parlimen tempatan yang marah dengan tindakan itu mengingatkan polis dengan memberitahu bahawa pasangan muda itu boleh mencemarkan reputasi bandar Rusia dan rakyat Rusia. Oleh itu, mereka harus menghadapi hukuman yang maksimum jika ditangkap.

No comments:

Post a Comment