expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

06 January, 2015

PADAH CANTIKKAN PUNGGUNG, KAKI HAMPIR DIPOTONG SETELAH GEL KOSMETIK REPUTKAN TISU




Andressa Urach, 27, merupakan penyampai TV popular Brazil dan naib juara pertandingan Miss BumBum 2012. 

Pertandingan Miss BumBum merupakan satu pertandingan paling diminati di Brazil di mana pertandingan ini bertujuan untuk mencari pemilik punggung tercantik dalam kalangan wanita Brazil. 

Untuk membolehkannya muncul naib juara dalam pertandingan akhir pertandingan itu, Andressa telah melakukan beberapa pembedahan plastik semata-mata untuk mencantikkan punggungnya.

Walaupun berjaya menjadi naib johan pertandingan tersebut, nyata kegembiraan Andressa dengan kecantikan punggung yang dimilikinya tidak kekal lama. Dia kini terlantar di hospital setelah hydrogel kosmetik yang dimasukkan mereputkan tisu dalam badannya. 

Lebih memburukkan keadaan, setelah hydrogel dikeluarkan, bekas luka yang tinggal mengalami jangkitan yang kronik hingga menyebabkan menyebabkan kejutan septik. 

Andressa telah terlantar selama sebulan di unit rawatan rapi dan kini para doktor sendiri agak bimbang yang mereka mungkin terpaksa memotong kaki Andressa yang telah mereput segala tisu-tisu dan ototnya.

Andressa telah berkongsi gambar-gambar mengerikan ketika dia terlantar di unit rawatan rapi yang menunjukkan kerosakan pada bahagian kakinya yang telah mereput. 

Dia berkongsi gambar-gambar berkenaan bagi mendedahkan bahaya pembedahan plastik seperti keadaan dahsyat yang dialaminya hingga menyebabkan jangkitan yang mengancam nyawa.

Andressa sebelum ini merupakan salah seorang penyampai TV paling kontroversi di Brazil di mana dia pernah membuat dakwaan bahawa dia pernah meniduri pemain bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo. 

Selain itu, dia juga dilaporkan telah menjalani sekurang-kurangnya 9 pembedahan plastik dalam tempoh 5 tahun yang lalu.

Antara prosedur kosmetik yang pernah dilakukannya adalah pembedahan hidung, 1 pembetulan muka bioplasty, pengurangan rahang, pembesaran payudara, liposuction dan juga pengurangan bibir faraj.

Paling penting antara pembedahan plastik yang pernah dilakukanya adalah pada bahagian punggung hingga membolehkan dia muncul naib juara Miss BumBum 2012. 

Untuk tujuan itu, dia dilaporkan mengambil suntikan 2 filers, hidrogel dan PMMA, untuk membuat punggungnya lebih besar dan kelihatan lebih montok. 

Namun, pada bulan Julai dia mula mengadu tidak selesa dan menyedari bahawa 400ml hidrogel mula mengalir keluar dari setiap pehanya. Hidrogel itu nyata tidak diserap oleh badannya dan telah mendatang bahaya padanya

Ibunya, Marisete De Favari telah menggunakan akaun Twitter Andressa dan meminta 220,000 pengikut model berkenaan untuk berdoa baginya yang masih dalam keadaan serius.

Kisah Andressa ini diharapkan mampu menjadi pengajaran kepada semua wanita yang begitu taksub dengan kecantikan terutamanya di negara Brazil yang berjaya mengatasi Amerika Syarikat untuk menjadi negara paling terkenal dengan pembedahan kosmetik di dunia.

CECAIR HYDROGEL MULA KELUAR DARI PEHA ANDRESSA PADA BULAN JULAI

WALAUPUN GEL TELAH DIKELUARKAN, LUKA YANG DIHIDAPNYA MENGALAMI JANGKITAN KRONIK

JANGKITAN YANG BERLAKU MENYEBABKAN KAKINYA HAMPIR DIPOTONG
ANDRESSA BERADA SEBULAN DI ICU  KERANA KEADAANNYA YANG KRITIKAL 
TERLANTAR; KEADAANNYA KINI LEMAH DAN TIDAK MAMPU BERBUAT APA-APA
ZAMAN KEGEMILANGAN...ANDRESSA YANG DAHULUNYA BANGGA DENGAN ASET MILIKNYA


No comments:

Post a Comment