expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

06 January, 2015

SANGGUP CUCUK BADAN DENGAN 2500 BATANG JARUM UNTUK BANTAH SUKAN LAGA LEMBU


Seorang wanita yang mahu memperjuangkan kempen anti laga lembu sanggup melakukan aksi mengerikan yang menyakitkan dirinya agar kempen tersebut berjaya. Ia merupakan sebahagian daripada usahanya untuk memperjuangkan agar sukan itu diharamkan di Colombia

Secara tradisinya, acara laga lembu melibatkan matador itu, atau ketua pelaku yang akan membunuh binatang tersebut dengan dengan pedang selepas berjaya mengacahnya di hadapan penonton.

Namun bagi Fanny Pachon, 35, sukan tersebut dianggapnya sebagai tidak bertamadun dan kejam, justeru dia terus berjuang agar ia diharamkan di Colombia.

Sebagai tanda simbolik dalam menjayakan kempen anti laga lembu tersebut, dia berjaya mencipta rekod dunia dengan mencucukkan 2,500 batang jarum pada badannya dalam usaha agar sukan ini diharamkan di negara asalnya itu.

Selain itu, Fanny telah mencacah tatu pada lengannya dengan imej kepala lembu jantan yang berlumuran darah sebagai simbolik tanda protes.

"Saya dan rakan-rakan saya cuba selama bertahun-tahun untuk mendapatkan pendedahan yang betul bagi kempen menentang laga lembu namun ia langsung tidak didengari," kata Fanny

"Kami sedar kami perlu melakukan sesuatu yang berkesan kerana terdapat dua tarikh penting dalam kalendar laga lembu di sini tidak lama lagi,"

Menurut Fanny, dia membuat keputusan untuk mengambil tindakan yang lebih ekstrem selepas bantahannya di bandar Cartagena, Bolivar gagal membuahkan hasil.

Selain itu, Fanny telah mencabar para matador melalui proses yang sama dengan berkata: "Pelaga lembu, jika anda begitu berani saya cabar anda untuk merasai apa yang dirasakan oleh lembu."

Protes dengan cucukan jarum itu telah dilakukan di hadapan Dewan Bandaraya, di mana petisyen untuk pengharaman sukan berkenaan sebelum ini telah dikemukakan.

Media Colombia turut mengesahkan bahawa Fanny telah memecahkan rekod dunia Guinness bagi seseorang yang mempunyai jarum terbanyak dicucuk pada badan di mana pemegang rekod sebelum ini berjaya dengan 2009 batang.

"Saya tidak berminat sangat dalam mencipta rekod, saya hanya berminat untuk membantu haiwan ini," jelas Fanny.

FANNY PACHON TEKAD DENGAN KEPUTUSAN MENCUCUK DIRINYA SEBAGAI TANDA PROTES
PETISYEN AGAR SUKAN LAGA LEMBU DIHARAMKAN JUGA TELAH DIBUAT

No comments:

Post a Comment