expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

21 July, 2014

VIDEO KUDA PUTIH TERBANG HANTAR BANTUAN PADA UMAT ISLAM PALESTIN?




Memang kebesaran Allah SWT itu tiada siapa pun yang mampu menandinginya. 'Kun Fa Ya Kun', kalau dimahukan Allah terjadi, maka jadilah ia. 

Ketika umat Islam Palestin berperang hebat dengan Israel, kini video seekor kuda putih yang terbang dan dikatakan bantuan Allah terhadap masyarakat Islam di Gaza tersebar luas di laman sosial. 

Dalam video ini, antara nampak dan tidak, seekor kuda yang kelihatan berwarna putih terbang di antara serangan peluru-peluru yang membedil Gaza.

Sebaik sahaja kuda itu terbang melintasi sebuah jet milik tentera Israel, jet tersebut kelihatan tersasar dan kemudiannya meletup sebelum sempat melepaskan tembakan peluru ke arah Gaza.

Entah benar atau tidak memang tidak dapat dipastikan kesahihan video ini. Sama ada ia telah diedit atau sememangnya Allah benar-benar mahu menhantar bantuan masih lagi menjadi tanda tanya. 

Ramai juga yang yang menyangkal keaslian video ini dan mendakwa ianya diedit. Wallahhuallam...hanya Allah jua yang maha mengetahui kebenarannya.

No comments:

Post a Comment