expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

22 July, 2014

LAGI GAMBAR-GAMBAR MAYAT MANGSA NAHAS MH17



Sedih, sayu, hiba, tersentuh...pelbagai lagi perasaan muncul di sanubari tatkala meneliti gambar-gambar mayat mangsa nahas pesawat MH17. Hanya linangan air mata yang mengiringi hati yang sungguh hiba melihat gambar-gambar ini. 

Sungguh menyedihkan apabila melihat cara pengendalian mayat-mayat yang bergelimpangan ini. Selama tiga hari, 298 mangsa tragedi dibiarkan di tempat jatuhnya pesawat tersebut, iaitu berhampiran kampung Grabovo di timur Ukraine yang dikawal oleh pemberontak pro-Rusia, yang disyaki menembak pesawat malang itu pada hari Khamis. 

Selepas tiga hari dibiarkan bermalaman dan berpanas terik, akhirnya mayat-mayat mangsa tragedi ini dibungkus dalam plastik hitam dan dibawa dari tempat kejadian. Mayat-mayat mangsa malang ini dikatakan dicampak ke dalam trak sampah dan diangkut dengan kereta api.

Para pemerhati melaporkan bau busuk yang menusuk hidung ketika mayat-mayat ini diusung keluar dari tempat kejadian. 

Nyata pengendalian mayat-mayat ini menerima kecaman hebat terutamanya daripada keluarga mangsa yang menganggapnya sebagai tidak berperikemanusiaan.

Timbunan kira-kira 200 mayat yang dibiarkan berpanas selama tiga hari sebelum ini akhirnya diangkat dan bergerak ke gerabak peti sejuk.

Tetapi segala rancangan penghantaran mayat-mayat itu tertunda lagi dan kerajaan Ukraine berkata pemberontak telah menghalang perjalanan tersebut

Pakar-pakar forensik Belanda juga telah dijanjikan bahawa kereta api itu akan meninggalkan lokasi tersebut pada petang semalam tetapi tetapi destinasinya masih tidak jelas

Kini, kemarahan antarabangsa di Rusia dan pemberontak dipergiatkan selepas tragedi nahas pesawat awam yang mengorbankan ratusan nyawa yang tidak berdosa itu..

Berikut kami paparkan gambar-gambar mayat mangsa nahas pesawat MH17 semasa proses pengalihan daripada lokasi kejadian. 

Semoga ia tidak menyentuh hati mana-mana pihak dan keluarga mangsa tabah menghadapi ujian ini.







 








No comments:

Post a Comment