expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

22 July, 2014

LARIAN SUMO



Jika larian-larian amal sebelum ini amat membosankan, pasti anda terfikir apakah yang menarik untuk dilakukan sambil beramal pada golongan yang memerlukan?

Di London satu larian amal dengan cara yang unik dianjurkan dengan tujuan menarik lebih ramai penyertaan bagi menambah dana untuk golongan yang kurang bernasib baik. 

Larian ini dinamakan Yang Sumo Run, iaitu larian beramai-ramai dalam kostum sumo. Ia dianjurkan sebagai sebahagian daripada aktiviti musim panas di London.

Tahun ini, larian sumo ini dijadualkan pada hari Ahad 27 julai 2014 di Battersea Park di London dan ini merupakan kesinambungan usaha tahun lepas yang telah memecahkan rekod dunia bagi perhimpunan terbesar manusia di dalam pakaian sumo.

Peserta yang ingin menyertai larian ini perlu membayar £ 59 bagi tujuan amal tersebut serta kos pentadbiran dan para peserta juga menyimpan kostum sumo mereka selama-lamanya.

Menurut laporan, kutipan daripada larian amal ini akan disalurkan pada Link, yang membantu meningkatkan kualiti pendidikan untuk kanak-kanak di Afrika.

No comments:

Post a Comment