expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

22 July, 2014

PEMBEKAL DAGING MACDONALD DAN KFC BEKAL DAGING TAMAT TEMPOH DI CHINA



Sebuah kilang pengeluar daging di China telah ditutup selepas Majlis Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Shanghai berkata ia memutuskan untuk menyiasat dakwaan pengeluaran bahan mentah dan bahan pemprosesan makanan yang tamat tempoh.

Agensi berita milik negara, Xinhua melaporkan bahawa pihak berkuasa telah mengarahkan penggantungan operasi di Shanghai Husi Food Co kerana menjual daging yang luput tarikh.

Husi Food Co (HFC) merupakan cabang pembekal makanan Kumpulan OSI milik Amerika di China dan menurut laman web OSI ini, syarikat itu telah membekalkan daging kepada McDonald di China sejak tahun 1992.

HFC juga membekalkan daging sejak 2008 kepada Yum China yang membuka 4,000 cawangan KFC dan rangkaian Pizza Hut di seluruh negara.

Jurucakap McDonald di China berkata, "Jika terbukti, amalan yang disebut seperti dalam laporan yang dibuat benar-benar tidak dapat diterima oleh mana-mana sahaja McDonald di dunia,"

Dakwaan terbaru ini dijangka memberi kesan yang besar ke atas rangkaian makanan segera terkenal, Euromonitor, McDonald dan Yum yang dilihat sebagai rangkaian makanan segera yang paling berjaya di negara ini. 


No comments:

Post a Comment