expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

22 July, 2014

IDEA HEBAT UNTUK MENGUJI IQ DAN MENCABAR POSMEN ANDA!


Berapa kerap anda menghantar surat? Mungkin di zaman lambakan media sosial kini, manusia semakin kurang berkomunikasi melalui surat. Disebabkan itu posmen pun makin kurang tugasnya.

Mungkin disebabkan faktor inilah posmen di sebuah bandar di England telah diberi cabaran dalam menjalankan tugas mereka mungkin juga dengan tujuan supaya pomen ini mempunyai lebih kerja.

Posmen di Poole ini telah diberi satu cabaran kecil di mana mereka harus menyelesaikan teka-teki mengenai surat tertentu sebelum menghantarnya ke destinasi yang dimaksudkan.

Pereka grafik tempatan, James Addison telah mendapat ilham daripada penjahat filem Batman iaitu The Riddler dan mula meninggalkan kod, petunjuk atau pun gambar dan bukannya alamat pada sampul seperti kebiasaannya.

Walau bagaimanapun, posmen-posmen ini telah berjaya menyahut cabaran tersebut dan setakat ini setiap teka-teki James berjaya diselesaikan oleh mereka. 

James mula melakukan tindakan ini selepas dia perasan posmen di tempatnya iaitu Frank mampu menghantar surat kepada 10 rumah dalam tempoh hanya dua minit di Buckinghamshire.

James memberitahu, "Saya mengambil keputusan untuk mencabar kecekapan posmen itu dan mula menulis mesej yang tidak jelas di belakang sampul surat untuk melihat sama ada jika dia boleh memahami dan menyelesaikannya,"

"Saya amat kagum apabila dia mempu memahami mesej tersebut," tambahnya lagi.

Selepas berpindah ke Poole James terus menguji perkhidmatan pos di situ, dan surat-suratnya masih berjaya diserahkan.

James telah menyaksikan banyak surat yang dihantarnya dengan teka-teki berjaya diselesaikan dan berkata bahawa surat beliau yang menggunakan kod morse turut berjaya diserahkan kepada penerimanya.

"Saya berharap yang saya tidaklah terlalu menyusahkan mereka dan buat mereka meluat," kata James lagi.

TEKA KATA YANG DITULIS MENGGANTIKAN ALAMAT PADA SAMPUL SURAT
GAMBAR DAN PEMBAYANG JUGA TURUT DIGUNAKAN JAMES
KOD TEKA TEKA SEPERTI INI PASTI MENCABAR POSMEN

No comments:

Post a Comment