expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

22 July, 2014

GILA! PROGRAM REALITI TV BOGEL KINI JADI TREND DI BARAT



Semakin maju teknologi yang dicipta manusia, semakin rendah juga akhlak dan moral manusia itu hingga kadangkala tiada lagi perasaan malu nailai harga diri.

Jika dulu manusia zaman purba sahaja yang tidak berpakaian, kini mungkin manusia bertamadun ingin kembali ke zaman batu purbakala apabila kembali tidak berpakaian.

Program realiti tv terbaru yang menampilkan peserta berbogel tanpa seurat benang pun mula menjadi trend di barat. Terbaru, satu program realiti tv bertajuk 'Dating Naked' kini bersiaran di Amerika. 

Dalam program realiti ini para peserta dipertemukan pertama kali dengan individu berlainan jantina dalam masing-masing berkeadaan bogel. Ia dianggap temu janji pertama dengan individu yang tidak pernah dikenali dalam usaha mereka mencari cinta sejati.

Semasa pertemuan romantis buat pertama kali para peserta bertelanjang di pantai dan harus bertindak seolah-olah tiada apa yang aneh atau janggal tentang pertemuan mereka itu.

Para peserta ini seterusnya akan menghabiskan masa bersama-sama melakukan pelbagai aktiviti bersama dalam keadaan bertelanjang bulat. 

Mereka juga akan saling bertukar pasangan dan cuba mencari keserasian bersama kerana di akhir episod rancangan ini nanti, peserta akan memilih siapakah yang benar-benar sesuai sebagai pasangannya.

Ini bukanlah program realiti pertama yang memerlukan para peserta berbogel kerana di Belanda, satu program realiti bertajuk 'Adam Zkt Eva' juga telah diterbitkan dengan menampilkan konsep yang sama.

Pelik bukan? Namun inilah hakikat dunia hari ini di mana manusia makin hilang perasaan malu dan harga diri. Mungkin inilah contoh manusia akhir zaman.

PARA PESERTA JUGA PERLU BERTUKAR PASANGAN
RUTIN AKTIVITI YANG DILAKUKAN BERSAMA DALAM KEADAAN BOGEL
TEMU JANJI PERTAMA YANG SANGAT 'TERBUKA'

TEMUJANJI PERTAMA YANG SUNGGUH MESRA WALAUPUN TANPA PAKAIAN
PARA PESERTA RANCANGAN REALITI 'DATING NAKED'

No comments:

Post a Comment