expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

22 July, 2014

PEMBERONTAK AKHIRNYA SERAHKAN KOTAK HITAM MH17


Segala teka teki nahas yang menimpa pesawat malang Malaysia Airlines, MH17 mungkin bakal terungkai apabila pemberontak pro Rusia akhirnya menyerahkan kotak hitam perakam penerbangan itu. 

Dua kotak hitam perakam penerbangan itu yang ditemui di lokasi kemalangan MH17 dan dipegang oleh pemberontak pro-Rusia kini telah selamat diserahkan kepada pegawai Malaysia.

Ia diserahkan selepas permintaan daripada pihak antarabangsa yang hadir ke tapak lokasi tragedi tersebut di timur Ukraine. 

Sementara itu, kereta api sejuk beku yang membawa semua mayat mangsa tragedi itu akhirnya berjay meninggalkan stesen selepas ditahan untuk beberapa ketika oleh pemberontak.

Menurut perjanjian antara Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemimpin pemisah pro-Rusia, Aleksander Borodai, kereta api itu kini dalam perjalanan ke Kharviv iaitu bandar kedua terbesar di Ukraine.

Kharviv merupakan lokasi sejauh 186 batu (300 km) ke barat laut dari lokasi kemalangan. Belum lagi ada kepastian sama ada lokasi ini akan menjadi destinasi terakhir kereta api itu atau ia akan meneruskan lagi perjalanan.

KOTAK HITAM MH17 YANG DITEMUI DI LOKASI NAHAS OLEH PEMBERONTAK

 

No comments:

Post a Comment