expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

22 July, 2014

BANDAR FLORIDA HARAMKAN PEMAKAIAN SELUAR LONDEH


Ini mungkin berita buruk buat penyanyi Justin Bieber, Lil Wayne dan ramai lagi yang gemarkan trend pemakaian seluar londeh kerana bandar Ocala, Florida menjadi bandar terbaru di Amerika yang mengharamkan trend tersebut.

Majlis Bandaraya mengundi sebulat suara semalam untuk melarang sesiapa memakai seluar dua inci di bawah pinggang mereka yang sekali gus menjadikan Ocala bandar keempat yang memperkenalkan peraturan itu selain bandar-bandar di New Jersey, Louisiana dan Tennessee.

Mary Rich yang mewakili majlis bandaraya itu telah mencadangkan peraturan tersebut pada tahun 2009, tetapi rakan-rakan sejawatan tidak menyokong usul itu. Namun kali ini, undang-undang yang cuba diperkenalkannya telah mendapat undi sebulat suara.

"Saya rasa menayangkan seluar dalam anda adalah amat memalukan. Kami cuba untuk menjadikan bandar ini sebagai bandar yang 'bersih' dari semua aspek dan perkara ini mungkin dapat membantu," katanya.

Walau bagaimanapun terdapat penduduk yang menyuarakan kebimbangan dan menyifatkan bahawa lelaki kulit hitam dan para remaja akan menjadi mangsa pelaksanaan undang-undang baru itu.

"Ini sama sekali tidak masuk akal. Ia hanya satu lagi cara untuk menyumbat orang dalam penjara," kata seorang penduduk.

Undang-undang ini akan dikenakan pada mana-mana harta milik atau pajakan majlis bandaraya itu termasuk jalan-jalan, taman-taman, kawasan sukan, kawasan rekreasi dan pengangkutan awam.

Mereka yang melanggar undang-undang seluar londeh ini akan menerima amaran bagi kesalahan pertama mereka, diikuti dengan denda $ 500 (RM 1,590.00) atau penjara sekiranya mengulangi kesalahan.

No comments:

Post a Comment