expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

22 July, 2014

PADAH BERPAKAIAN WANITA; KAJOL KELANTAN DIPENJARA DAN DIDENDA



Penyanyi dikir barat terkenal Kelantan, Kajol dipenjara enam minggu dan denda RM1,000 di Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang atas tuduhan berpakaian wanita dua bulan lalu.

Hakim Syarie Zubaidi Sulaiman menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Kajol atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Jeffri, 28, mengaku bersalah terhadap tuduhan.

Mengikut pertuduhan kes tersebut, tertuduh didakwa berlagak seperti perempuan dengan berpakaian wanita berwarna hitam serta memakai coli, berambut panjang warna coklat, bergincu, bersubang dan memakai beg tangan perempuan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Padang Perumahan Felda Aring Enam, Gua Musang pada jam 11.45 malam, 7 Mei 2014.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 7 Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan.

'KAJOL' SANGAT POPULAR DI KELANTAN DENGAN LAGU-LAGU DIKIR BARAT

No comments:

Post a Comment