expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

11 January, 2015

BUDAK 3 TAHUN DIKURUNG DALAM ALMARI DAN DIROGOL OLEH IBU BAPA SELAMA 5 TAHUN



Ini merupakan peristiwa yang menjadi sejarah hitam buat seorang gadis. Ketika masih kecil, dia telah dikunci dalam almari pakaian selama 5 tahun oleh ibunya sendiri bersama bapa tirinya supaya dia boleh digunakan sebagai hamba seks untuk memuaskan nafsu songsang mereka.

Lauren Kavanaugh telah didera secara fizikal, mental dan juga seksual apabila kanak-kanak itu tidak diberi daripada makan, diseksa dan dirogol setiap malam oleh ibu dan bapa tirinya.

Dalam peristiwa hitam itu, sejak berusia 3 tahun, kanak-kanak malang berkenaan telah dikurung selama 5 tahun dalam dalam almari pakaian sebesar 4 x 9 kaki dan dia dipisahkan daripada adik beradiknya dan dunia luar.


Apabila dia ditemui dari dalam almari ketika berusia 8 tahun, berat badannya hanya 11.6 kg iaitu lebih kurang sama dengan berat badan kanak-kanak dalam lingkungan usia 2 tahun.

2 orang 'Pedophiles' tersebut menggelarnya sebagai 'rahsia kecil' mereka dan hanya akan membawanya keluar dari almari itu untuk merogol dan menyiksanya

Namun, kedua-dua ibu dan bapa tirinya yang gila itu berjaya ditangkap apabila mereka menunjukkan kanak-kanak itu kepada jiran mereka dan jiran yang terkejut itu telah menghubungi pihak polis.

Dia kemudiannya dikejarkan ke wad pembedahan di mana di mana dia telah dipasang dengan beg kolostomi untuk sistem pembuangan najis kerana oragan yang hampir rosak.

Lauren yang kini berusia 21 tahun merupakan seorang pelajar yang berani mendedahkan tentang pengalaman pahit yang menakutkan itu supaya dia boleh membantu mangsa-mangsa penderaan seksual yang lain

"Satu hari ibu saya begitu geram apabila saya menangis. Dia menyambar lengan saya dan mengarahkan saya untuk masuk ke dalam almari. Saya telah dibiarkan di situ selama berjam-jam di bawah gantungan pakaian,"

"Saya fikir ia merupakan satu hukuman. Saya tidak diberi air mahupun makanan dan hanya ditemani kegelapan," kata Lauren.

Lauren kemudian menceritakan bahawa dia masih teringat bagaimana dia ditarik keluar dari almari tersebut dan dirogol. Ketika itu dia baru berusia 3 tahun.

"Mereka memainkan muzik 'country' ketika melakukan keganasan ke atas saya supaya jeritan saya tidak kedengaran. Selepas berjam-jam didera, saya telah dihumban semula ke dalam almari dalam kekeliruan dan penuh kesakitan. Sejak itu, almari itu menjadi 'rumah' baru saya,"

"Saya tidak dapat berbuat apa-apa di dalam gelap. Saya tidur di situ dan terpaksa menggunakannya sebagai tandas. Permaidani yang ada basah kuyup dengan air kencing dan saya tidur dengan selimut nipis yang basah," katanya lagi.

Lauren juga telah diseksa dan dicucuh dengan rokok. Walaupun dia mengharungi hidup dalam kesengsaraan dan seksaan, dia boleh mendengar ketawa adik-beradik lain yang tidak didera ketika mereka bermain.

"Saya menjadi lemah kerana kelaparan dan telah diikat supaya saya tidak dapat melawan. Saya terpaksa makan apa-apa saja yang boleh ditemui di dalam almari. Saya hanya dikeluarkan untuk diseksa.

"Pernah satu hari, ibu memandikan saya dan menolak kepala saya ke dalam air. Semasa berusia 6 tahun pula, ibu meletakkan semangkuk 'macaroni cheese' di depan saya dan memberitahu saya boleh mengunyahnya, tetapi kemudian saya dipaksa meluahkannya semula,"

Setelah diselamatkan pada tahun 2001, Lauren Sabrina and Bill Kavanaugh telah mengambilnya sebagai anak angkat tetapi trauma awalnya telah memberi kesan yang berpanjangan sehingga dia akan menyembunyikan makanan kerana bimbang ia akan hilang.

Dia juga tidak tahu bagaimana untuk bermain dengan alat permainan. Lauren mempunyai mental seperti seseorang yang jauh lebih muda dan akan cuba tidur dalam almari pakaian setiap malam. Dia mula melihat rumput ketika berusia 8 tahun dan menyangka rumput tersebut akan menggigit kakinya.

Lauren kemudiannya kembali ke sekolah dan menduduki peperiksaannya. Dia kini menyokong mangsa penderaan seksual lain.

"Saya mula mempelajari psikologi di kolej. Saya bercadang untuk ke universiti pada tahun hadapan dan impian saya ialah untuk melayakkan diri sebagai kaunselor,"

"Saya benar-benar ingin membantu mangsa seperti saya untuk mengatasi penderaan yang dilakukan kepada mereka dan menjadi tabah. Saya pernah melalui pengalaman mereka namun telah berjaya mengatasinya," tambahnya lagi.

Ibunya yang jahat bernama Barbara Atkinson dan bapa tirinya Kenny Atkinson, dari Dallas, Texas, telah disabitkan atas kesalahan penderaan terhadap Lauren pada tahun 2002 dan dihukum penjara seumur hidup. Mereka juga tidak layak untuk sebutan semula kes sehingga tahun 2031.

LAUREN KAVANAUGH YANG KINI BERUSIA 21 TAHUN MENCERITAKAN SEGALA KISAH NGERINYA
LAUREN KETIKA MASIH BAYI
MENJIJIKKAN...BEGINILAH RUPA TEMPAT LAUREN TINGGAL SELAMA

DI DALAM ALMARI INILAH DIA DITEMUI

LAUREN SETELAH DITEMUI PADA USIA 8 TAHUN DENGAN BERAT HANYA 11.6 KG
LAUREN KINI TELAH PULIH BERAZAM UNTUK MEMBANTU MANGSA PENDERAAN SEPERTINYA

No comments:

Post a Comment