expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

11 January, 2015

AKIBAT MABUK, CACAH TATU IMEJ KEMALUAN LELAKI


Seorang wanita yang bernama Holly Aston merupakan wanita dengan tatu yang paling memalukan di Britain. Ini kerana tatu dengan imej kemaluan lelaki jelas terpampang di atas bahunya.

Kejadian ini berlaku ketika Holly Aston terjaga selepas mabuk dalam sebuah parti dan mendapati satu tatu berupa kemaluan lelaki telah tercacah di atas bahu kanannya.  Tatu tersebut banyak menjejaskan kehidupan pelajar remaja dari Birmingham ini.

Dia hanya berusia 17 tahun ketika membenarkan kawannya yang mabuk untuk mencacah imej zakar di atas bahunya dengan menggunakan alat pencacah tatu DIY yang dibeli di internet.

Holly bangun pada keesokan harinya dan mendapati imej memalukan tersebut kekal tertera di badannya.

Akibat dari peristiwa itu, dia mebatalkan rancangan untuk pergi bercuti di Lanzarote kerana dia takut tatu itu akan terdedah.

Holly yang mengakui bahawa dahulunya dia merupakan seorang remaja yang liar kini telah semakin matang dan mahu meneruskan kehidupannya.

Dia yang tinggal di Druid Heath, Ireland itu berjaya menyembunyikan tatu tersebut dari ibu bapanya selama 2 tahun namun akhirnya perkara tersebut akhirnya terbongkar.

"Saya pergi ke parti tatu bersama dengan rakan-rakan saya. Kami telah minum dan mabuk serta mula mencacah tatu antara satu sama lain. Ia merupakan perbuatan yang sangat bodoh ".

"Saya membiarkan rakan-rakan saya melukis apa sahaja yang mereka mahu. Saya mempunyai perkataan 'Dyke' (lesbian) pada pergelangan kaki saya, dan kemudian seorang lagi rakan melukis imej zakar di bahu saya.

Ketika itu dia menyedari apa yang mereka lakukan tetapi langsung tidak kisah dan menganggapnya sebagai sesuatu yang melucukan. Namun begitu, keesokan harinya dia terjaga dan amat terkejut hingga menyesalinya.

Menurut Holly, tatu tersebut banyak mengganggu kehidupan hariannya dan dia kadangkala terpaksa menyembunyikan tatu tersebut menggunakan plaster kerana tidak mahu dilihat kanak-kanak. Dia pernah terfikir untuk membuangnya namun tidak mampu kerana kos yang sangat tinggi.

SELAIN IMEJ INI, PERGELANGAN KAKI HOLLY JUGA DITULIS PERKATAAN 'DYKE' (LESBIAN)
HOLLY MENGAKUI BAHAWA DIA SEMAMANGNYA REMAJA YANG LIAR SATU KETIKA DULU



No comments:

Post a Comment