expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

11 January, 2015

MAYAT IBU REPUT SETAHUN DI RUMAH YANG SAMA ANAKNYA TINGGAL


Mayat seorang wanita warga emas telah ditemui di kediamannya dalam keadaan mengerikan kerana mayat itu kelihatan seperti telah reput lebih dari setahun.

Pihak berkuasa di Gloversville, New York, sedang menyiasat kematian wanita yang berusia 94 tahun itu yang mayatnya berkemungkinan telah mereput selama hampir 14 bulan kerana anak perempuannya tinggal di tingkat atas rumah yang sama.

Mayat Hope Ruller telah ditemui pada 29 Disember selepas polis menerima aduan daripada saudaranya yang meminta mereka untuk memeriksa kebajikan wanita ini.

Hasil siasatan menemui mayat Hope Ruller yang dijangkakan telah meninggal dunia 14 bulan yang lalu, tetapi kematiannya tidak pernah dilaporkan walaupun dia tinggal di rumah yang sama dengan anak perempuannya, Mary Kirsteen dan anak lelaki Kirsteen.

Menurut laporan, bedah siasat  yang dilakukan gagal menentukan punca kematiannya kerana mayat Hope Ruller telah reput dengan teruk.

Penyiasat bagi Jabatan Polis Gloversville sedang meneliti rekod kewangan keluarga itu mencari sebarang kemungkinan yang ada kaitan dengan kematian wanitu itu.

"Selalunya apabila sesiapa gagal melaporkan kematian orang tua, mungkin ada motif kewangan," kata Peguam Daerah Louise Sira.

Seorang anak lelaki si mati, Richard Ruller, yang tinggal di Colorado percaya ada sebab lain untuk berasa curiga tentang kematian tersebut.

"Saya menghantar mereka kad Krismas. Satu kepada kakak saya, satu untuk ibu saya. Saya juga mengirim wang untuk ibu saya dan cek itu telah ditunaikan,"

Katanya lagi, pada bulan Mei tahun lalu kakaknya memberitahu bahawa ibunya berada dalam keadaan yang baik.

Polis setakat ini mengklasifikasikan kematian itu sebagai mencurigakan tetapi masih belum menamakan Kirsteen atau anak lelakinya sebagai suspek dalam sebarang jenayah.

RUMAH DI MANA MAYAT REPUT HOPE RULLER DITEMUI 

No comments:

Post a Comment