expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

11 January, 2015

JERUT 5 ANAK SAMPAI MATI UNTUK KUASAI ILMU HITAM


Seorang bapa kepada 6 anak kini dalam pelarian selepas didakwa mencekik 5 daripada anak-anaknya sehingga mati dengan harapan korban itu akan memberinya kuasa ajaib.

Ali Leghari Nawaz, 40, dikatakan telah membunuh 2 anak perempuannya dan 3 anak lelaki, yang berumur antara 3 dan 13, dalam tempoh semalaman pada hari Khamis di sebuah perkampungan kecil di Pakistan iaitu Saeed Khan.

Polis mengatakan bahawa Ali, yang mempunyai masalah kewangan yang serius, telah membuat satu perjalanan rohani yang dikenali sebagai 'Chilla' dengan harapan bahawa dia boleh belajar pelbagai bentuk ilmu hitam seperti 'alchemy' (kuasa untuk mengubah barangan menjadi emas).

Keadaan kewangan lelaki itu sangat kritikal tetapi dia juga belajar ilmu hitam yang menunjukkan seolah-olah dia telah membuat pengorbanan tersebut untuk berjaya menggunakan ilmu tersebut.

Leghari telah melakukan percubaan untuk membubuh racun ke dalam makan malam di rumahnya tetapi telah dihalang oleh isterinya.

Namun, ketika isteri dan anak sulungnya keluar rumah, Leghari didakwa memberi ubat pelali kepada 5 anaknya yang tinggal dan kemudian menggunakan tali yang ditemui di tempat kejadian untuk menjerut mereka.

Kepercayaan terhadap ilmu hitam sangat kuat di bahagian-bahagian luar bandar di Pakistan termasuk wilayah selatan Sindh di mana pembunuhan kerapkali berlaku.

KEPERCAYAAN TERHADAP ILMU HITAM MASIH KUAT DI KAWASAN PEDALAMAN PAKISTAN

No comments:

Post a Comment