expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

11 January, 2015

MURID 9 TAHUN RANCANG PEMBUNUHAN GURU MENGGUNAKAN HAND SANITIZER




Sekumpulan kanak-kanak sekolah berusia 9 tahun didakwa merancang untuk membunuh guru mereka dengan menyimbahkan pencuci tangan atau 'hand sanitizer' di seluruh kelas selepas mereka diberitahu bahawa guru berkenaan alergi terhadap bahan itu.

Pihak polis tempatan telah membuat siasatan terhadap kes yang agak luar biasa ini dengan pihak sekolah di Elba Elementary School di New York, tetapi mereka memberitahu bahawa mereka telah menutup kes itu apabila mendapati bahawa jenayah itu telah dirancang tetapi tidak pernah dilakukan.

Pihak sekolah yang telah diberi pilihan untuk merujuk kes itu ke mahkamah belia bagaimana pun mengambil keputusan untuk menanganinya secara dalaman.

Ketua Penyiasat Genesee County Sheriff, Jerome E. Brewster berkata:  "Saya tidak tahu reaksi badan guru ini terhadap hand sanitizer. Jika ia sesuatu seperti mentega kacang bagi sesetengah orang, ia boleh membunuh mereka,"

Jelas sekali pelajar-pelajar ini telah mengetahui bahawa guru ini sangat alah kepada hand sanitizer anti-bakteria dan mereka mula berbincang sesama mereka kerana tidak sukakan guru tersebut.

ELBA ELEMENTARY SCHOOL, NEW YORK

No comments:

Post a Comment