expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

MOTO


Translate

12 January, 2015

SUAMI ROMANTIK DITEMBAK ISTERI KETIKA CUBA SEDIAKAN SARAPAN DI BILIK TIDUR


Setiap wanita mengidamkan pasangan hidup yang romantik, namun bagi seorang lelaki dia menerima padah akibat daripada sifat romantik yang cuba ditunjukkannya.

Suami romantik itu yang cuba membuat kejutan untuk isterinya dengan menyediakan sarapan di bilik tidur baru-baru ini telah diberi ganjaran ditembak di dada oleh isterinya itu.

Dalam kejadian tersebut, Zia Zegule yang merupakan seorang askar berusia 28 tahun, telah keluar untuk ke tempat kerja di Fort Bragg, North Carolina pada pagi Jumaat lalu.

Namun, kerana ingin membuat kejutan, dia berpatah balik dan menyelinap masuk secara senyap ke dalam rumah untuk menyediakan makan pagi buat isterinya Tiffany Segule, 27.

Malang bagi lelaki itu kerana dia secara tidak sengaja telah tersandung penggera kecurian ketika berjalan menuju ke bilik tidurnya.

Apabila dia menhampiri bilik tidurnya, Tiffany yang menyangkakan rumahnya telah dipecah masuk terus sahaja melepaskan satu das tembakan yang tepat mengenai dada suaminya.

Sejurus selepas menyedari kesilapannya, dia segera menghubungi 911 dan Zia telah dikejarkan ke hospital dengan serta merta.

Antoine Kincade dari Jabatan Polis Fayetteville berkata Tiffany hanya  cuba mempertahankan dirinya dan bahawa dia mungkin menjadi terlebih berhati-hati pada pada masa itu disebabkan oleh kejadian pecah rumah yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

"Dia telah melakukan apa yang dirasakannya betul untuk mempertahankan dirinya pada masa itu," kata Antoine

Zia bagaimanapun terselamat dalam kejadian itu, dan tiada dakwaan yang dibuat terhadap isterinya. Mana tidaknya kejadian itu memang tidak disengajakan dalam usaha untuk menjaga keselamatan diri. Kesimpulannya di zaman sekarang ini jika hendak romantik pun biarlah kena dengan caranya.

ZIA ZEGULE DAN ISTERINYA, TIFFANY SERTA RUMAH MEREKA 

No comments:

Post a Comment