expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

12 January, 2015

TAKSUB MENGURUSKAN BADAN HINGGA JADI WANITA ANEROKSIA TERKURUS DI DUNIA




Menjadi kurus dan ramping memang idaman setiap wanita. Namun, jika kurus keterlaluan ia akan menjadi sesuatu yang menakutkan. Inilah yang berlaku kepada Valeria Levitina yang merupakan wanita anoreksia terkurus di dunia.

Pada usia 39 tahun, dia dianggap oleh sesetengah orang sebagai mumia hidup. Ini kerana dia hanya mempunyai berat 25 kilogram iaitu seberat kanak-kanak berusia 6 tahun disebabkan aneroksia yang dihidapinya.

Valeria yang kini berusia 42 tahun kelihatan seperti di usia 60an dengan seluruh badannya hanya tinggal tulang akibat daripada tubuhnya yang bertahun-tahun bertarung melawan anoreksia.

Pada tahun 1989, ibu bapa Valeria memutuskan untuk berpindah ke Amerika Syarikat dari Moscow. Valeria merupakan seorang yang sangat cantik sebelum dia kehilangan berat badan yang melampau. 

Disebabkan kecantikan yang dimilikinya, gadis itu mengambil keputusan untuk memasuki pertandingan ratu cantik pada tahun 1994 dan meneruskan kerjaya sebagai model.

Di situlah permulaan terhadap semua kisah pahit hidupnya. Valeria mengakui gelaran 'Miss Chicago' yang dimilikinya merupakan titik permulaan terhadap diet ekstrem yang diamalkannya.

Ketika berusia 19 tahun Valeria telah kehilangan begitu banyak berat badan tetapi masih kelihatan sangat feminin dan pada usia 23 tahun Valeria mula kelihatan langsing. Namun, ketika berusia 24 tahun, Valeria Levitina hanya seberat 38 kilogram.

Valeria kini tinggal sendirian di Monaco di mana dia mendapat banyak cahaya matahari yang amat diperlukan badannya. Dia hampir tidak dapat merasai lagi nikmat makanan, dan sukar untuk bersosial. Dia hampir tidak mempunyai tenaga yang cukup untuk melakukan kerja-kerja harian.

Apa yang lebih menyedihkan, adalah hakikat bahawa Valeria menerima beratus-ratus e-mel daripada gadis berusia 20-an yang mengatakan bahawa mereka ingin menjadi sepertinya yang mampu menurunkan berat badan dengan mudah. 

Ada di antara mereka yang menjadikannya sumber inspirasi untuk mereka. Dalam usaha untuk membuat semua orang sedar bahawa ianya tidak bijak untuk berdiet secara melampau dan berlapar setengah mati, Valeria bersetuju untuk berkongsi semua gambar yang menunjukkan rupa sebenar dirinya. 

Dia berharap agar ia mampu menyedarkan mereka bahawa keadaan yang dialaminya kini penuh penderitaan dan mereka harus berhati-hati dengan diet seharian.

KEADAAN VALERIA YANG KELIHATAN SEPERTI RANGKA
VALERIA DI ZAMAN KANAK-KANAK MEMPUNYAI BERAT BADAN NORMAL
KETIKA BERUSIA 19 TAHUN, DIA MULA HILANG BEGITU BANYAK BERAT BADAN
VALERIA DAHULUNYA SEORANG WANITA YANG JELITA

BEZA DIRINYA DAHULU DAN SEKARANG
KEADAAN VALERIA KINI YANG SEPERTI MAYAT HIDUP



No comments:

Post a Comment